Friday, May 14, 2010

musuh dalam selimut.?

pernah dengar tak "your biggest enemy is yourself". kalau pernah bagus. kalau tak bagus jugak. aku jadi orang pertama cakap kat kau. susah nak mengemudi diri sendiri ni. kan.?

dalam usaha untuk mengawal diri daripada menggunakan teknologi IT, aku gagal. fail 100%. andai kata ni salah 1 subjek dekat UITM, sampai ke tua la aku duk repeat paper.

aku dah kurang baca paper dah skang. so aku bergantung hampir sepenuhnya dekat internet. berita TV lagila. sampah manjang. kurang ilmiah katanya sesetengah orang. bukan aku cakap.
aku nak try kurangkan online dan tengok TV. pergh. susah la sial. satu satunya perkara yang buat aku hidup kalau tak mengadap benda ni; tidur.

aku ada cakap kat orang yang aku tanak online seminggu. kebarangkalian aku tak online tu akan jadi penipuan = 100%. sorry. aku terpaksa menipu cakap aku offline. padahal aku tengah surf dunia maya ni lagi. FB ni addictive lah. dadah. kalau tak control sakit.

ada 2 orang yang aku tipu. haha. sorang lelaki dan sorang perempuan. maaf sangat sangat. nanti kalau aku layan korang, tak bejalan la aktiviti aku yang lain. aku tak salahkan korang. aku salahkan diri sendiri. mana tahan beb hari hari tidur lepas subuh. lagi berapa hari nak masuk sekolah balik ni. aduh. sory eh Miss X dan Afiq siddartha. nanti kita sembang sembang lagi. aku off pun nak kemana sangat lah. :)

p/s : lepas ni jangan lah tak tegur langsung. jangan ah tacing tacing.

Thursday, May 6, 2010

diorang buat saya senyum


benjy dihantar ke pusat pemulihan akhlak
untuk menjalani proses pemulihan selama 2 tahun.?

menagih dadah = pusat serenti,
mengedar dadah = gantung,
meraba dada = pelempang
memproses dadah = ???
memiliki dadah= pusat pemulihan akhlak.? tapi tak dapat dipastikan lagi kan.? peralatan tu belum dibuktikan milik siapa.? niceee


wah. sangat cantik sistem perundangan negara kita. untungnya saya sebagai anak Malaysia
"Seksyen 6 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985"

vague people. vague.! sangat kabur.
kesian kat aunty azean. semoga tabah. kalau tak salah lepas jugak nanti. kalau salah janganlah sorok sorok. tak elok. akhirat kena jugak. kan.? >> baca sini

kesian rakyat kelantan jugak. royal family punya conflict telah sedikit sebanyak menyapu arang kat rakyat kelantan. baik punya kena tangkap dengan UTK.? pergh. taktau la betul ke tak. sebab media arus perdana tak cakap pape pun. akhbar tabloid yang publish. aku dah hilang pecaya dengan media arus perdana. tabloid pun tak boleh pecaya sangat. so nak pecaya sapa.? >>baca sini

jangan pecaya sapa sapa. baik kau tengok desperate housewives. takpun baca manga naruto dengan bleach.

kita dikelilingi sampah. sebab kita duduk bawah. orang kat tingkat atas buang cun je dari atas. tak guna tong sampah. diorang ingat sampah tu tak effect orang bawah. kesian ke kesiaL kat orang bawah.?

Tuesday, May 4, 2010

burnt

1. aku bersedia untuk berhibernasi. menghadapi MUET. mata aku letih sangat lah.
hari hari mengadap laptop. sangat tak sihat.

2. i shall rest in peace while lovers nor haters shall not suppress.
bye. HAHA. macam tahan jee.

3. korang tau cita capik kat TV2.? dah jadi cita hantu pulak dahh. mangkukkkkk la drama drama melayu nih. HAHA

menyesal

1. kenapa eh, makin kita lari nak lupakan sesuatu atau seseorang makin susah dan sakit jadinya.

2. kenapa eh, susah untuk manusia macam aku ni membina keyakinan diri yang teguh lagi utuh. ceh. poyo.

3. kenapa aku rasa aku dah buat mistake besar bila jauhkan diri daripada kau. kenapa kau hebat sangat. mengalahkan diana danielle dan lisa surihani.

4. kenapa susah nak lupakan kau sedangkan aku sendiri yang lari dan mengecutkan diri. kenapa aku rasa kau takan faham apa yang aku repekkan nih.

5. kenapa gedik sangat entry nih. yang ni ada jawapan. sebab aku boring dan taktau nak buat apa mengadap MUET esok. burnt.

6. kenapa aku malas.?

Monday, May 3, 2010

follow dan follower serta clearance

1. aku dah semak dengan dashboard blogspot. semakkkk. aku TERfollow banyak sangat blog yang mana kebanyakannya tak berkualiti dan tak menarik. eh. maaf. macam aku punya cun sangat jee.

2. jadi, saya ili amir farhan, secara drastik dan rasminye akan stop follow blog blog yang tak best. kalau anda nak stop follow blog saya silalah. saya tak mencari fofuleriti serta fuluwer.

3. kawan kawan dan kenalan saya tak perlu risau sangat. saya akan tetap follow blog anda atas tiket "KAWAN, MEMBER, SAHABAT dan RAKAN". lagi lagi si pengomen pengomen tegar.

4. sumpah wehh. aku muak dengan update macam diary. muntah muntah muntah aku baca. jadilah macam pyanhabib ke. hishamudin rais ke. obefiend ke. HAHA. sumpah diorang power.

5. buatlah update best sikit. menggerak minda. humor ke. unik yang jarang orang buat. macam ni. karingeri.blogspot.com

6. lagi blog yang agak superb atau berbaloi la untuk dibaca walaupun ada update macam diary =
a. hanis zalikha. cun la minah ni.
b. brader entah apa entah nama dia.
c. brader jual teh tarik

7. jadi klik saja mereka. :)

Saturday, May 1, 2010

belum cukup bagus


1. aku tak rasa aku dah cukup bagus sebagai hamba Allah yang taat.

2. aku tak rasa aku dah cukup bagus sebagai ummat muhammad yang hebat

3. aku tak rasa aku dah cukup bagus sebagai anak yang soleh

4. aku tak rasa aku dah cukup bagus sebagai adik dan abang yang boleh diharap

5. aku tak rasa aku dah cukup bagus sebagai sahabat yang baik dan sentiasa memahami

6. aku tak rasa aku dah cukup bagus sebagai pelajar yang cemerlang.

7. aku tak rasa aku dah cukup bagus sebagai seorang blogger yang ada copyTIGHT untuk setiap entry. sumpah tak menganjing. hahaha.

8. aku tak rasa aku dah cukup bagus sebagai... eh penat la, aku tak rasa aku tak rasa. so ada cadangan untuk kurangkan rasa tak cukup bagus.?

p/s : kau dah cukup bagus.?

anjing, menganjing, penganjing dan dianjing

1. definisissy anjing;
sejenis binatang. yang selalunya direndahkan martabatnya. mungkin kerana sifatnya. suka jelir lidah dan menyalak. dan mungkin kerana dinyatakan sebagai najis dalam ISLAM.

2. definisissy menganjing;
perbuatan yang merendah rendahkan sesuatu atau seseorang. mengeji. mengutuk. membahan dan memerli. nasihat mungkin.?

3. definisissy penganjing;
orang yang membahan. mengutuk. mengeji dan sekerabat dengannyee.

4. definisissy dianjing;
orang yang dibahan. dikutuk. dekeji. diumpat. di tempat paling hina di mata masyarakat. okay over. kira loserrr lah.

5. penganjing vs dianjing;
a. penganjing mendapat kepuasan, kekuasaan dan pengaruh di atas kebolehan menganjing.
b. orang yang dianjing mendapat malu, hilang maruah, dapat publisiti murahan dan mungkin sedikit pengaruh *dari orang yang benci aktiviti penganjingan dan mereka yang dianjing sama* haha.

6. stand aku dalam aktiviti masa lapang nih; orang kata, *jangan menganjing kalau tanak dianjing* tahilembu. kalau kau senyap je ada jugak manusia carik point. the best defend is to attack. so sebelum dianjing better carik weak point orang orang yang probably akan menganjing kau. sorok sebaik mungkin kelemahan kau. tapi kelemahan tu semua manusia ada. so takyah risau sangat. yang penting kau prepare sebelum kena attackkkkk.

7. main point entry nih.? takde. cuma ingat 1 benda je. menganjing tu boleh. tapi jangan over lah. kalau takat gurau gurau manja sesama member takde hal la kan. tapi kalau dengan niat untuk sakitkan hati dan timbulkan pergaduhan tu aku tatau nak cakap apalah. kalau dah islam sama islam, melayu sama melayu buat, aku just..... errr..... hmmm.... entah.

8. entry ini sama sekali tidak menyentuh isu isu perkauman, isu isu semasa, masalah negara dan gosip gosip artis. kalau terasa maaf. shalommmm.

Tuesday, April 27, 2010

kehilangan sifat "happy-go-lucky"

dulu. masa zaman hang tuah dengan hang jebat dulu. dulu la kan. aku seorang yang happy go lucky. kau bagi lah apa je problem. gentle cakap beb, aku hadap dengan gelak tawa je. bukan tak ambik serius. ambik tu ambik tapi prinsip aku lebih kepada; kalau sedih dengan tension macam selesai pulak masalah. so better aku gelak. dapat extra oksigen. tapi sekarang aku rasa benda tu dah hilang. sifat happy go lucky tu dah lesap. hilang entah ke mana.

ni antara kejadian yang buat aku rasa aku dah hilang sifat semulajadi tersebut;

1. test MUET macam haram. aku merapu untuk paper writing. babi betul. aku tak expect soalan first macam tuh. tak prepare sepatah haram pun.

2. aku tiba tiba dingin/tak becakap/gaduh dengan mak aku. ishh. aku memang malas la nak melawan orang tua nih. tapi kadang kadang aku tak sedar. so sekarang mak aku buat buat tak nampak aku dalam rumah tu. perghhh. sakit beb. aku pun buat bodoh jelah. nak mintak maaf tapi segan lah. HAHA. time will heal.

3. chelsea menang 7 0. babi bangang stoke city. main macam kena bayar je. memang chelsea juara la season nih. cibai.

4. aku tak dapat control nafsu makan. habis makanan kat rumah ni aku sapu. makanan untuk cicak dengan tikus je aku tak touch.

5. aku rasa kejadian ni berkait rapat dengan hubungan aku dengan ALLAH. so aku kena selalu la mengadap sejadah dengan Quran. kan.?

Thursday, April 22, 2010

nak lari tapi...


mana satu aku.? kalau korang baru kenal aku tak sampai 3 4 tahun mesti korang tak dapat cam. kalau dapat memang power ahh. muka aku paling kelakar dan paling tak hensem. yang penting kat sini aku memang bukan hotstuff dan bukan bahan carian paling top masa kat sekolah rendah, sekolah menengah dan zaman Kolej.

commitment phobe

maksud commitment phobe; a person who is reluctant to have a romantic relationship, fear of having serius relationship. disebabkan kekurangan self confidence dan takut tak dapat memuaskan hati dan expectation pasangan. i'm indeed having this phobia. :P

so lepas ni jangan tanya lagi lah kenapa aku single. nak cakap aku gay pun cakap lah. gay is ceria and i'm one gay person. haha. salam.