Friday, May 14, 2010

musuh dalam selimut.?

pernah dengar tak "your biggest enemy is yourself". kalau pernah bagus. kalau tak bagus jugak. aku jadi orang pertama cakap kat kau. susah nak mengemudi diri sendiri ni. kan.?

dalam usaha untuk mengawal diri daripada menggunakan teknologi IT, aku gagal. fail 100%. andai kata ni salah 1 subjek dekat UITM, sampai ke tua la aku duk repeat paper.

aku dah kurang baca paper dah skang. so aku bergantung hampir sepenuhnya dekat internet. berita TV lagila. sampah manjang. kurang ilmiah katanya sesetengah orang. bukan aku cakap.
aku nak try kurangkan online dan tengok TV. pergh. susah la sial. satu satunya perkara yang buat aku hidup kalau tak mengadap benda ni; tidur.

aku ada cakap kat orang yang aku tanak online seminggu. kebarangkalian aku tak online tu akan jadi penipuan = 100%. sorry. aku terpaksa menipu cakap aku offline. padahal aku tengah surf dunia maya ni lagi. FB ni addictive lah. dadah. kalau tak control sakit.

ada 2 orang yang aku tipu. haha. sorang lelaki dan sorang perempuan. maaf sangat sangat. nanti kalau aku layan korang, tak bejalan la aktiviti aku yang lain. aku tak salahkan korang. aku salahkan diri sendiri. mana tahan beb hari hari tidur lepas subuh. lagi berapa hari nak masuk sekolah balik ni. aduh. sory eh Miss X dan Afiq siddartha. nanti kita sembang sembang lagi. aku off pun nak kemana sangat lah. :)

p/s : lepas ni jangan lah tak tegur langsung. jangan ah tacing tacing.

13 comments:

  1. haha- gotcha. agk dah!. :P
    oke, fes. ;)

    ReplyDelete
  2. Siapa miss x? Berani gila menyama tarafkan dia dengan aku?

    ReplyDelete
  3. miss x kawan biasa je. macam kau. kawan biasa. kan.? hahaha

    ReplyDelete
  4. Aku rindu kau sahabat. Ini post terakhir kau. Kalaulah aku boleh faham maksud kau. Kenapa kau tak boleh cakap straight dengan aku?

    ReplyDelete
  5. aku akan rindu ko bro.. roomate ku.. -muiz alias-

    ReplyDelete
  6. aku off pun nak kemana sangat lah..


    :( sedeyh.. paan dah pergi.. al-fatihah

    ReplyDelete
  7. aku xpnah knal arwah..tp arwah jd followers aku di sini..thanks a lot..very..al-fatihah...

    ReplyDelete
  8. kau yang terbaik.
    selalu teringat kan kau.
    miss x?banyak lagi gelaran kau kat aku kan.gelaran yang bagus.
    al-fatihah.

    ReplyDelete
  9. What ever you said, what ever you wrote, what ever you gave, what ever you done, will always be a sweet memory to me. I luv so much my son. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  10. As Salam, come, visit and follow my new blog: .

    http://freewallpaperbyfkphotography.blogspot.com
    contains Islamic Wallpaper using my own photo
    -Dakwah kecil-kecilan

    and

    http://fkphotography-kk.blogspot.com/
    Its all about my passion toward photography

    TQVM, Have a nice day :) Wasalam

    ReplyDelete

bagi selagi boleh